Sunday, July 25, 2010

Cara Mendapatkan Kulit Gebu Seperti Zizie Ezette

Kenapa Zizie Ezette? Sebab dalam paper sikit sikit cakap "Zizie Ezette artis gebu Malaysia, susuk badan mengiurkan, putih montok, artis seksi" FTW?! Okay, entry kali ini, Nisa nak berkongsi tips penjagaan kulit. HAHA. Lawak weih! Gaya cakap macam la Nisa ni cantik sangat ke apa, an. Tapi takpa, Nisa share juga apa yang Nisa pakai dekat muka, disebabkan ramai (takda la ramai mana pun. Saja bikin cerita lebat) yang kata "Babe, you pakai pencuci muka apa? Takda jerawat pun I tengok". Okay, sekarang mari kita bongkar rahsia kecantikan Nisa.

Nisa mula pakai facial foam masa zaman sekolah menengah. Kenapa? Sebab Mama Nisa kata "Ni, pakai pencuci muka, dekat luar banyak habuk, debu semua." Nisa diperkenalkan dengan pencuci muka Simple. Mama kata, pakai Simple sebab dia takda banyak chemical sangat. Sesuai la untuk orang muda. Nisa pakai Simple lama juga, tapi stop pakai sebab dekat Giant Taman Permata takda. Pastu Nisa pakai Clean & Clear. Habis Clean & Clear, beli brand lain pulak. Contohnya, Nivea. Nisa ni selalu bertukar tukar pencuci muka sebab terpengaruh dengan iklan.

Sekarang ni, Nisa pakai Syahirah, sebab masa tu ada promosi Pek Kembara Syahirah. Satu kotak ada pencuci muka, scrub, toner dan moisturizer. Nisa pun beli, sebab comel je Pek Kembara tu. Tapi Nisa rasa Nisa kurang suka dengan pencuci muka Syahirah. Maka, Nisa beli Syurah pulak. 

Shurah ni Nisa pakai lama juga. Dekat setahun dua lah. Yang recommend product ni, ialah seorang lelaki bernama Kaka -_-' Sebab dia pakai ni. HAHA. Kelakar. Shurah ni dalam iklan macam bagus je sebab susu kambing la segala, kira macam mengunakan bahan bahan semulajadi, kurang chemical la. 

Dulu Nisa pakai pencuci muka je. Sekarang dah mula berjinak jinak pakai scrub. Scrub ni Nisa pakai pasal mak cik Nisa kata, dekat pipi Nisa macam terbakar sikit akibat selalu berjemur dan dia nasihatkan Nisa pakai sunblock. Maka Nisa beli lah scrub St. Ives ni ha... Tapi dah lama juga la tak pakai pasal dah habis, dan tak beli yang baru.

Nisa rasa product ni bagus, Nisa suka. Dan Nisa akan recommend kan kepada orang ramai untuk mencuba. 
Sun block, Nisa tak pakai. Nisa rasa leceh banyak sangat benda nak pakai. Kalau boleh taknak pakai apa apa. Tapi, muka Nisa berminyak dan bila dah berminyak, berkilat. Nisa rasa, berkilat tu pasal warna kulit Nisa yang tak seputih Zizie Ezette, tu yang bila berminyak dia jadi berkilat. Maka, nak elakkan nampak berkilat yang tak menyenangkan tu, Nisa pakai compact powder. Brand apa yang Nisa pakai? 

Maybelline Anglefit. Nisa suka sebab bekas dia cantik, dan Nisa rasa color dia sangat match dengan Nisa. Takda la nampak macam opera cina. Pilih warna elok elok, kita taknak nanti orang kata "muka tak sama color dengan leher". Macam mana nak tahu warna tu sesuai tak dengan kita? Try sapu dekat pipi kanan. If tak nampak beza dengan pipi kiri, maka warna tu sesuai dengan warna kulit kita. Pastu ada pulak yang tanya "dah tu kalau takda beza, baik tak payah pakai". Lu ni! Gua pakai pasal gua taknak muka berminyak, bukan nak jadi Nicole Kidman.'

Tapi kadang kadang, bila Nisa pakai compact powder semata mata, nanti akan nampak area area hidung dan tepi mulut kering. So, nak elakkan benda itu berlaku, Nisa pakai lotion sikit. Lotion ni Nisa sangat flexible. Asal tak nak kasi muka kering je. Apa yang ada, itu yang Nisa pakai. Lotion kaki pun Nisa taruk dekat muka. Dulu selalu ambik kawan Nisa nama Rus punya lotion tangan. Kalau dah takda apa sangat, Nisa pergi basuh muka pakai air je. Tapi sampai bila hidup nak macam tu, kan? So Nisa pakai lah...

You Rebel by benefit. Nisa suka benda ni, sebab dia melembab dan bertindak sebagai pelindung dari sinaran UV sekali. Dan color dia blend elok je dengan warna kulit Nisa. Kiranya, Nisa pakai You Rebel dulu, baru pakai compact powder. So itu yang asas. 

Selain daripada tu, Nisa pakai juga lip balm dan lip tint bila Nisa rasa nak. Nisa pernah pakai Nivea, Body Shop. Tapi Nisa kurang suka sebab dia macam melekit dan buat mulut Nisa rasa berminyak, macam baru lepas makan ayam goreng. Nisa suka pakai Mentholatum Lip Ice Sheer Color. Nisa pakai ni sebab Nisa tengok adik Nisa pakai, pastu Nisa ambik dari bilik dia. Selain dari tu, Nisa suka juga benetint. 
Benetint ni two in one. Dia merupakan lip and cheek stain. Boleh gantikan blusher. Kenapa dia best? Sebab dia tak glossy macam lip gloss yang buat mulut kita rasa tebal, melekit dan berminyak. Bila pakai benetint, rasa macam tak pakai apa apa. Selesa. Nisa pakai ni bila rajin. Tak pakai hari hari. Hari hari pakai adik Nisa punya Lip Ice je. Senang. 

So, apa lagi? Erm kalau ada kenduri kawen atau dinner, dan Nisa rajin, Nisa pakai lah eyeshadow. Saja mengada ngada. Eyeshadow pun brown in color. Pasal tak menonjol sangat. Eyeshadow tu pun Nisa pakai pasal makcik belikan. So, pakai lah. Nisa pakai Silkygirl Blockbuster Color Palette. Satu lagi tambahan, ialah blusher benefit. Nama dia Dandelion. Benda tu macam berkilat, so dinner sesuai lah kot. KOT.  Walaupun Nisa tak tahu apa motif pakai benda tu. Bila mengada ngada, Nisa pakai. Sebab benda dah ada. Nisa pun tak tahu sangat make up make up ni. So jangan terlalu berharap. 

Bila dah pakai semua tu, pasti muka akan nampak lebih berseri. Berseri macam mana? 




















Macam ni!
Selamat mencuba! :D

1 comment:

Anonymous said...

KAH KAH KAH!