Tuesday, November 10, 2009

I Tell You Mine, You Tell Me Yours



This is my favorite chocolate so far. A must have everyday!

Saturday, November 7, 2009

PLEASE!

PLEASE lah click the link below. Please.

Tuesday, November 3, 2009

Ayah Kata...

AYAH: Boleh pakai calculator ke sekarang?

AMIR: Boleh.

AYAH: Form 5?

AMIR: Boleh.

AYAH: Form 3?

AMIR: Boleh.

AYAH: Form 2?

AMIR: Boleh. Form 1 lagi dah boleh.

AYAH: Wahh... Patutlah korang tak pandai. Ayah dulu semua kira pakai otak.

Family and Friends

Family. I love them so much. Macam sangat sangat lah cinta sampai I tak kesah bermatian untuk family. Friends? Sayang lah jugak tapi tak sampai tahap cinta mati macam tu. Friends ni susah nak jumpa yang betul betul sejati yang sanggup mengharungi semuanya segala.

Contoh la. Roti ada sekeping. 2-2 tengah lapar gila tahap nak mati. Kalau kawan, dia harap sangat si kawan sorang lagi tak mintak. Kalau dia offer pun, ajak ajak ayam je. Tapi family, ambik mak lah sebagai contoh. Mak sanggup tak makan, semata mata nak make sure anak dia tak lapar.

I rasa macam nak cakap banyak lagi, tapi tak boleh pasal kejap lagi kena pergi bank. Cuma kadang kadang pelik la ada orang yang lagi seronok spend time dengan kawan kawan horray horray jalan sana sini dengan member instead of balik rumah every week. Bila mak tanya "Siti tak balik ke minggu ni?" Si Siti jawab "Tak boleh la mak. Ada kerja berkumpulan" Tapi apa yang Siti tak cakap dekat mak dia, dia ada kerja berkumpulan dekat Genting. Apa cerita?

I pernah terdengar budak2 meja sebelah bersembang. Budak tu cakap "Aku panas betul dengan bapak aku tu. Asal balik rumah je, tak boleh keluar. Baik aku duduk hostel je. Hujung sem baru balik. Kalau duduk sini, aku nak keluar sampai pukul berapa pun takda siapa bising. Aman hidup."

Pastu tak lama lepas tu, phone dia bunyi. Mak dia call kot, pasal dia cakap "Ha? Ni dalam library ni. Mak, nanti pesan dekat Babah, bank in kan duit eh. Duit dah sikit"

EWAH EWAH engkau! Tadi kemain lagi mengata bapak, japgi tanpa segan silu, mintak duit. Tak guna.

PAPADOM

Watching Papadom make me feels like eating it. Where can I find that kind of Papadom like the one in the movie, ha? So big and crunchy je macam. Geram!

ps, I cried watching the movie. Tsk tsk tsk...

Wednesday, October 28, 2009

Saya Sangat Rajin.

Yes, i am a verrrry hardworking girl. I read my favorite book everyday. Even when i should be studying for my finals, im still reading my favorite book.

The book is called

FACEBOOK.

Monday, October 26, 2009

Terasa Tua.

Tiba tiba je 2 minit yang lepas Nisa rasa macam tua.

Tak sangka tahun depan dah 21.
Ok ok, mesti orang yang lagi tua macam nak jerit "weih agak la! 21 muda kot! Aku ni yang dah 34, kawen pun belum."



Thursday, October 22, 2009

How To Park 101



Setupid deriver...

Thursday, September 17, 2009

Ketupat, Rendang, Lemang, Lontong, Dodol Segala...


Sebulan genap kita berpuasa,
Semoga digolongkan pada orang berjaya,
Diperintah sudah oleh Yang Berkuasa,
Sesudah berpuasa kita beraya!

Wehee... Selamat hari Raya diucapkan kepada semua umat Islam. Yang dah kerja, dah kahwin, tak boleh dapat duit raya dah. Pelajar universiti dapat banyak sikit. Ini belanjawan untuk sesiapa yang dah berkerja, pastu nak kasi duit raya kepada anak sedara masing masing... Nisa cadangkan, budak budak yang belum sekolah (tadika ka, tabika ka, taska ka apa), dapat RM 3, yang sekolah rendah, darjah 1-6 dapat dalam RM 5. Sekolah menengah, tingkatan 1 hingga 5 (form 6 pun tergolong dalam golongan ni) dapat RM10. Lepasan sekolah, penuntut di mana mama institut pengajian tinggi, patutnya dapat RM 50. Tapi kalau rasa RM 50 banyak sangat, RM 30 pun boleh, saya terima dengan tangan terbuka hati girang gembira. Untuk anak anak orang dari
kampung sebelah, kasi RM 1 pun cukup. Pasal group ni, hari raya ke dua pun derang akan attact rumah yang sama lagi. Group ni jugak lah yang sebenarnya tak nak pun makan kuih ke minum air apa. Nak duit raya je. Air tu, kalau tuang, tak payah penuh sangat. Tak habis minum pun. (gila kedekut weih perangai Nisa) Rumah siapa yang dia masuk tu pun dia tak tahu.

So, selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Terima lah card raya tulus ikhlas dari Nisa :P

Tuesday, September 15, 2009

"Woi Mat! Kantoi Tak Puasa"

Semalam Nisa pergi Ampang Point beli contact lense. Dah beli, turun bawah, dekat tengah tengah tu ada lah jual baju raya, kuih raya, segala barang untuk raya. Nisa pun saje je lah tengok tengok. Pastu Nisa pergi satu booth ni, Butik Bungor punya. Kedai tu jual baju kurung cotton yang bagi Nisa cantik. Cotton dia lawa lawa. Tengok punya tengok, japgi ter berminat dengan satu baju ni. Lawa weih, sweet je color and design dia. Pastu mak Nisa pulak macam "nak beli, beli lah". Pastu Nisa macam "erm, nak try dulu lah kot". Yelah, kalah badan gemok, tak boleh suka suka hati je beli baaju, agak agak muat dah tak boleh. Kena try. Lagi lagi kain baju kurung. Selalu problem dekat bontot. Masalah bontot besar sangat macam Beyonce. So, ok lah. Akak kedai tu kata "boleh try dekat canvas biru tu" (sambil tunjuk ke arah canvas) ok fine, Nisa gerak pergi dekat tempat tu.

Bukak bukak, japgi ada mamat mana entah, tengah lahap makan MCD. Haram betul. Duduk menyangkung, suap fries. Yang tak tahan dia siap pesan lagi "Nak try baju dekat sini? Gelap la. Lampu takda" Aah kan? Gelap ye? Elok la gelap! Senang kau nak makan, kan? Tak guna punya orang. Tengok badan elok je, takda la rupa orang tengah nazak ka, mengandung ka apa. Apahal yang tak boleh puasa nya? Nisa bila masuk "fitting room" tu, macam nak je call Jabatan Agama ka apa, nak report, biar mamat tak puasa tu kena tangkap. Tapi too bad Nisa takda number Jabatan Agama ka, apa.

Pastu yang tak tahan, time kitorang suruh dia keluar dari "fitting room tu", boleh pulak dia kata "Kejap" (sambil habiskan menguyah fries, lap mulut apa sikit) Haela Mat! Tahu pulak nak lap mulut segala. Malu ka kalau nanti orang nampak mulut kau ada garam garam sikit? Tak guna punya orang. Adik aku yang sekolah rendah pun puasa penuh!

Korang kalau pergi Ampang Point, pergi lah tengok dalam canvas biru bawah escalator depan Levis tu, kot kot ada pesta tak puasa. Mamat tu tinggi, botak sikit, pakai jeans and tshirt, jaga booth jual batik. Booth dia betul betul depan canvas biru. Port baeek punya!